Bahan bahan:
4 biji bawang merah (dikisar)
4 biji bawang putih (dikisar)
1 inchi halia (dikisar)
1 cubit belacan
1 mangkuk cili boh
1 sudu kicap
1 inci halia
Garam
Gula
serbuk perasa tumix ayam
ikan bilis (digoreng)
kacang tanah(digoreng)
tempe potong halus letak kunyit dan garam sedikit (digoreng)
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan yg dah dikisar sehingga kekuningan letakkan sedikit belacan dan tumis sedikit lg dan letakkan 1 mangkuk cili boh( ni bole anggaran sama ada nk pedas atau x) tumis sampai naik minyak..
letakkan gula,garam,perasa serbuk tumix dan 1 sudu kicap utk nampakkan color lebih gelap sedikit..
anggaran utk naik minyak ni agak lama jd kalau rasa selagi belom naik minyak selagi tulah korang kena tggu tau hehe..
selepas naik minyak perlahankan api dan masukkan bahan2 yg dah digoreng tadi.. kacau sehingga rata dn dah siap (versi mira piljah) sedia utk dihidangkan
No comments:
Post a Comment